Recent Posting :
Grab this

Antara Manusia,Malaikat,dan Syaitan


Manusia: "Eh dah subuh dah?"
Malaikat: "Bangunlah wahai anak
Adam, tunaikan solat subuh mu.."
Syaitan: "Alahhhhhh, kejaplah,
ngantuk ni...awal lagi...zzzzzzzz"

Manusia: "Nak makan, laparlah"
Malaikat: "Wahai Anak Adam,
mulakanlah dengan Bismillah..."
Syaitan: "Ahh, tak payahla... dah
lapar ini!! Mmm..sedapnyaaaa"

Manusia: "Hari ni nak pakai apa ye?"
Malaikat: "Wahai anak Adam, pakailah
pakaian yg menutup aurat"
Syaitan: "Ehh, panaslah, takde style
langsung, nampak kampung!!!"

Manusia: "Alamak, dah lewat!"
Malaikat: "Bersegeralah wahai
manusia, nanti terlewat ke pejabat.."
Syaitan: "Ahhh awal
lagi..mmm..aaahh? Suruh si X,
punchkanlah"

Manusia: "Azan sudah kedengaran..."
Malaikat: "Wahai anak Adam,
segeralah menunaikan kewajipan"
Syaitan: "Baru pukul
berapa..rilexlah..awal lagi nieii"

Manusia: "Eh, eh... tak boleh tengok
ni, berdosa..."
Malaikat: "Wahai anak Adam,
alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan mengetahui!"
Syaitan: "Perggghh... best tu...rugi
ooo kalau tak tengok nie.."

Manusia: "Saudaraku sedang melakukan
dosa"
Malaikat: "Wahai anak Adam, cegahlah
ia.."
Syaitan: "Apa kau sibuk? Jangan jaga
tepi kain orang, lantaklahh"

Manusia: "Elok kalau aku sampaikan
nasihat ini kepada orang lain".
Malaikat: "Wahai anak Adam, nasihat-
menasihatilah sesama kamu.."
Syaitan: "Sendiri pikirlah, semua
dah besar, buat apa susah2..

Manusia: "Aku telah berdosa.."
Malaikat: "Wahai anak Adam,
bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah
Maha Pengampun..."
Syaitan: "Tangguhlah dulu, lain kali
boleh bertaubat... lagipun muda hanya
sekali....rugila...(kalau sempatla
ha ha)"

Manusia: "Kalau pergi disko, mesti
seronok!"
Malaikat: "Wahai anak Adam, kakimu
ingin melangkah ke jalan yang dimurkai
Allah, berpalinglah dari jalan
itu .."
Syaitan: "Jangan bimbang, tiada
sesiapa yang tahu...Jomlahhh"

Manusia: "Uuhhh letihnya arini..tak
solat lagi nieee"
Malaikat: "Wahai anak Adam, taatilah
Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di
dunia dan akhirat untukmu. Solat itu
wajib bagimu..."
Syaitan: "Hey anak Adam, ikutilah
aku, kebahagiaan di dunia (sahaja)
kebahagiaan di akhirat (jangan
mimpilah) untukmu..."

0 komentar: