Recent Posting :
Grab this

MALAIKAT MIKAIL


malaikat Mikail dijadikan Allah, sesudah 500 tahun Malaikat Israfil. Dari kepala hingga ke tapak kakinya terdapat rambut ydr. Zafaran dan sayapnya dari zamrud hijau. setiap rambutnya mempunyai sejuta wajah, setiap wajah memiliki sejuta mata, dan setiap mata menangis kerana belas kasihnya kepada golongan yg berdosa di kalangan mukmin. pada setiap wajahnya terdapat sejuta mulut, pada setiap mulu terdapat sejuta lisan, setiap lisan berkata dengan sejuta bahasa. setiap lisan memohon ampun kepada Allah untuk setiap orang mukmin yg berdosa, dan menitis dari setiap mata Mikail 70 ribu titis air mata. Maka Allah jadikan setiap titis tersebut seorang malaikat yg berujud Mikail a.s. Mereka bertasbih kpd Allah sampai hari kiamat. 

nama-nama Malaikat tersebut ialah Karobiyyun, pembantu2 Mikail yg diserahi utk menguasai hujan, tumbuh-tumbuhan, rezeki dan buah-buahan. maka segala yg sesuatu yg ada di laut, buha-buahan di pokok dan tumbuh-tumbuhan di atas bumi tidaklah terlepas dr pengawasan seorang malaikat yg diserahi tugas tersebut.

0 komentar: